Jumaat, 28 November 2014

LAGU KAMPUNG SERI KENANGAN

Inilah Harapan
Sebuah Kampung Baru
Bernama Seri Kenangan
Mengimbau Kenangan Lalu

Hutan Dan Rimba
Sama-Sama Kita Teroka
Mencari Nafas Baru
Rezeki Dan Rahmat Tuhan

Kita Hidup
Berjuang Dengan Cekal
Untuk Hidup Dan Berjaya
Mengisi Wawasan Nusa
  
Kita Hidup
Harmoni Dan Sepakat
Sehati Dan Sejiwa
Di Dorong Adun Langkap
  
Kami Berikrar
Akan Taat Serta Patuh
Menegakkan Agama
Bangsa Dan Negara  


VISI DAN MISI KAMPUNG SERI KENANGAN

VISI
Berazam menjadikan kampung kami Sebuah kampung berkualiti di dalam semua aspek bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang unggul dan berdaya saing.
MISI
Menjadi sebuah kampung yang berkesan berasaskan pembangunan insan, peningkatan prestasi dan kualiti pengurusan melalui usaha yang berterusan dengan :
1.
Memastikan penduduk kampung yang aman dan harmoni.
2.
Memastikan memastikan aktiviti kampung yang berkesan dan berterusan.
3.
Memastikan pembangunan sahsiah penduduk sentiasa berlaku terutama generasi muda.
4.
Mewujudkan iklim persekitaran yang selamat dan bersih dari segi jasmani, rohani, dan intelek.
5.
Memastikan hubungan yang mesra dalam masyarakat kampung dan berlaku interaksi dua hala.

SEJARAH KAMPUNG SERI KENANGAN

Kampung Seri Kenangan telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan pemindahan penduduk bermula pada tahun 1990. Sejarah pembukaan kampung adalah rentetan musin banjir yang melanda kampung asal penduduk. Nama kampung Seri Kenangan telah dicadangkan oleh YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap pada masa itu, iaitu Dato’ Hj Mamat Ghazali Bin Abdul Rahman. Kampung ini dibuka secara rasmi pada tahun 1990 oleh YB Menteri Besar Terengganu iaitu Dato’Seri Amar Diraja Hj Wan Mokhtar Wan Mohamad. Kampung ini telah membangun dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan dan kemajuan negeri Terengganu. Kampung Seri Kenangan ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan dipengerusi oleh Hj Mohamad bin Hj Saad dan dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa. Selain badan induk (JKKK) kampung Seri Kenangan juga mempunyai beberapa pertubuhan lain seperti Pertubuhan Gerakan Daya Wawasan (GDW), Komuniti Bestari, RELA, Belia dan Beliawanis. Kini terdapat 116 buah rumah dengan 955 orang jumlah penduduk. Penduduk kampung Seri Kenangan terdiri dari 100% kaum melayu.

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG SERI KENANGAN SETIU TERENGGANU

                            papan tanda menuju ke Kampung Seri kenangan Setiu Terengganu


                                        lagu tema Kampung Seri Kenangan Setiu Terengganu