Jumaat, 28 November 2014
SEJARAH KAMPUNG SERI KENANGAN
Kampung Seri Kenangan telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan pemindahan penduduk bermula pada tahun 1990. Sejarah pembukaan kampung adalah rentetan musin banjir yang melanda kampung asal penduduk.
Nama kampung Seri Kenangan telah dicadangkan oleh YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap pada masa itu, iaitu Dato’ Hj Mamat Ghazali Bin Abdul Rahman.
Kampung ini dibuka secara rasmi pada tahun 1990 oleh YB Menteri Besar Terengganu iaitu Dato’Seri Amar Diraja Hj Wan Mokhtar Wan Mohamad. Kampung ini telah membangun dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan dan kemajuan negeri Terengganu.
Kampung Seri Kenangan ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan dipengerusi oleh Hj Mohamad bin Hj Saad dan dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa.
Selain badan induk (JKKK) kampung Seri Kenangan juga mempunyai beberapa pertubuhan lain seperti Pertubuhan Gerakan Daya Wawasan (GDW), Komuniti Bestari, RELA, Belia dan Beliawanis.
Kini terdapat 116 buah rumah dengan 955 orang jumlah penduduk. Penduduk kampung Seri Kenangan terdiri dari 100% kaum melayu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan